SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALING

                  Sekolah Menengah Kebangsaan Baling telah dibina pada tahun 1966. Sekolah ini dibuka dgn rasminya oleh Tunku Abdul Malik Ibnu Almarhum Sultan Badlishah, DK, SPMK, PSB Pemangku Sultan Kedah Darul Aman pada hari rabu 28hb April 1974.

            Persekolahan Menengah di Baling bermula pada bulan April 1962, dan ini merupakan asas kepada penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling sekarang. Pada mulanya sebuah kelas tingkatan satu (aliran melayu) dan sebuah kelas tingkatan satu (aliran Inggeris ) diwujudkan. Diasaskan oleh Tan Sri Hj Shafie bin Abdullah, penuntut perintisnya berjumlah 128 orang.sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pulai dan Sekolah Rendah Tunku Putra,Baling. Guru besar yang pertama ialah Encik Abdullah Bin Zakaria.

            Sistem sekolah lanjutan dijalankan antara tahun 1962 hingga 1964 dengan mementingkan sukatan-sukatan yang bercorak praktis dan vokasional perantaraan Bahasa Melayu dan inggeris.Untuk menerima murid-murid dari sekolah rendah dalam kawasan Baling pada ntahun ini juga, bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling telah ddidirikan di atas tapak sekarang.Seramai 58 orang penuntut dari aliran melayu dan 11 orang dari aliran Inggeris telah mengambil peperiksaan SRP/LCE pada tahun 1965.

                    Pada tahun 1966 pelajar telah meningkat kepada 889 orang dan guru-guru  berjumlah 53 orang.Sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Pulai, Sekolah Kebangsaan Baling, dan Sekolah Rendah Jenis Yeok Chee Baling. Pada tahunitu juga bangunan baru  sekolah siap dibina dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Baling.Bangunannya terdiri daripada sebuah bangunan asrama,sebuah  bangunan bilik-bilik darjah dan sebuah  kantin.

                    Pada bulan Oktober 1967,seramai 324 pelajar mengambil Peperiksaan SRP dibawah ‘Sistem Aneka Jurusan’. Pada tahun 1968 bangunan tambahan siap dibina dan semua penuntut dipindahkan ke bangunan sendiri.Pada bulan November 1968 pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan SPM/FMC dan School Certificate buat kali pertama. Bilangan mereka seramai 38 orang. Pada 10 mei 1968 satu mesyuarat Agung Penubuhan Persatuan ibubapa guru-guru Sekolah Menangah Kebangsaan Baling diadakan dan diluluskan Pendaftaran pada 29 April 1968.

                Pada 28 ogos 1974, DYMM Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Tunku Badlishah, Pemangku Sultan Kedah telah merasmikan pembukaan Sekolah Menangah Kebangsaan Baling. Pada tahun 1978 , Sekolah Menengah Kebangsaan Baling memulakan aliran sains tingkatan 4 dengan bilangan  pelajar seramai 42 orang. Kelas tingkatan 6 telah diadakan di sekolah ini pada 1980 dengan bilangan pelajar seramai 37 orang . Hal ini telah menaikkan taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Baling Sebagai Sekolah Gred A.

               Pada 23 ogos 1987, Kompleks Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Baling siap dibina dan boleh digunakan untuk memuatkan seramai 180 penghuni pelajar putera dan puteri. Perayaan Jubli Perak telah diadakan pada 28 ogos 1988 yang dirasmikan oleh YB Encik Anwar Bin Ibrahim. Menteri Pendidikan Malaysia. Pada 9 bhingga 13 jun 1996, EKSPO Reka Cipta Kebangsaan kali ke-2 telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Sekolah Menengah Kebangsaan Baling yang diwakili oleh empat  orang pelajar dalam kategori  Robotik (SQC MICRO 1)

add another page.