Pada Khamis 30 Ogos 2013 bertempat di Dataran Bestari SMK Baling, bermulanya ekspedisi konvoi bermotorsikal ke Air Panas Hulu Legong, Siong untuk mendengar pengalaman ditembak oleh komunis bintang 3. Seterusnya peserta konvoi bergerak ke Tanjung Pari, mendengar pengalaman dari En Abdul Senik dan menjalankan kerja gotong royong membersihkan surau. Perjalanan seterusnya adalah ke Masjid Dalam Wang untuk kerja-kerja membersihkan masjid serta menikmati makan tengahari ala kampong serta menunaikan solat jumaat.
Jam 3.00 ptg peserta bertolak pulang melalui Kampong Batu 42 dan ekspedisi berakhir kembali di SMK Baling tepat jam 5.00 petang.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.