Oleh Tuan Pengetua,

Image

Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton kerana telah meraih beberapa pencapaian di peringkat daerah, begitu juga dengan pasukan bolasepak dimana pasukan bolasepak bawah 15 tahun telah menjadi johan pada peringkat zon baling yang telah diadakan di Padang Bola Sekolah Model Khas Baling. Pasukan Bolasepak bawah 18 tahun pula mendapat tempat ke 3…. tahniah diucapkan.

Tn Pengetua juga menyarankan agar pelajar dan guru dapat memperbetulkan sikap. Memperbetulkan sikap terhadap perkara-perkara yang negatif yang suka dilakukan kepada perkara-perkara yang positif. Sebagai contoh, Belajar adalah perkara positi yang tidak suka dilakukan…. jadikan belajar perkara yang positif dan suka dilakukan, begitu juga sembahyang dan kebajikan kepada masyarakat.

Tn Pengetua juga menekankan mengenai nilai-nilai bagi rakyat 1 malaysia, Terdapat 8 nilai antaranya :

  1. Berbudaya kecermerlangan
  2. Penerimaan
  3. Ketabahan
  4. Rendah hati
  5. Kesetiaan
  6. Meritokrasi
  7. Pendidikan dan
  8. Integriti

Bagi merealisasikan budaya kecemerlangan pelajar dan guru perlu bertukar gaya pemikiran dari LOTS kepada HOTS.