Saban tahun,  16 Mei  merupakan hari keramat  lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita.   Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2012, “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”.

Teruskan membaca…

Advertisements