Archive for 12 Mei 2012

SEJARAH BALING

Disebalik Kedamaian …di hujung sempadan …. BALING SIMPAN RAHSIA

Si Raja Bersiung naik angin. Manis darah manusia membuat nafsunya membuak. la juga buat baginda jadi tidak keruan. Satu persatu rakyatnya jadi korban untuk titisan darah bagi memuaskan serakahnya. Lalu, dengan penuh kesungguhan, baginda mencabut dua siungnya. Dicabut, sekuat hati dan akhirnya siung yang pernah memuaskan nafsu namun digeruni manu­sia itu, tercabut dan dibaling jauh. Mitos barangkali, namun kesannya abadi. Setidak-tidaknya Kedah. sendiri, yang mana beberapa nama tempat dikaitkan dengan lagenda Raja Bersiung atau namanya, Ong Maha Pertia Deria yang dipercayai pemerintah semasa era praIslam Kedah. Pusing, misalnya tempat dikatakan di mana baginda memusing dan mencabut siungnya selepas digulingkan pegawai dan rakyat yang marah dengannya. Siong, sebuah bandar kecil yang seperti diduga, sempena gigi siungnya dan Baling, tempat baginda membaling giginya itu. Sehebat mitos Raja Bersiung, Baling juga mencatat sejarah pertemuan Tunku Abdul Rahman Putra, ketika itu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya di sebuah Sekolah Inggeris pada Disember 1955, sebelum dia menjadi Perdana Menteri pertama. la juga mencatat sejarah perjuangan penuntut Universiti Malaya berhubung nasib penoreh getah Melayu Baling yang miskin pada tahun 70an. Baling juga dipilih sebagai pengasas Sekolah Model Khas di Kedah yang meng­gabungkan Tahap II Pendidikan Rendah iaitu bermula darjah 4 dan Pendidikan Menengah sehingga tingkatan 5, satu konsep baru dalam menye­diakan kemudahan fizikal yang kondusif untuk meningkatkan mutu dan menambah peluang pendidikan kepada pelajar berpotensi dari kawasan Baling dan Sik. Sekolah itu, terletak di Charuk Nau, didirikan di kawasan seluas 29 ekar dan dibina dengan anggaran kos RM14,649 juta, merangkumi kelas, asrama dan riadah. Dan hari ini, ia yang dikategorikan sebagai Sekolah Menengah Harian Gred A sejak beroperasi pada Jun 1999 dilihat membantu membangun dan menyerlahkan potensi pelajar luar bandar yang kurang bernasib baik dari segi kemudahan dan peluang pendidikan. Kini, sebagai tumpuan pendidikan dan menyerlahkan potensi anak Kedah, berbeza dengan imej Baling semasa pra perang dulu yang terpencil serta terkenal sebagai tempat perlindungan untuk pelarian. Cuma, jika bukan kerana mitos Raja Bersiong sekali pun, Baling hakikatnya memang kaya dengan kesan peninggalan sejarah selain memiliki keindahan alam semulajadinya.

Teruskan membaca…

Advertisements

LDP 1 (2012) – P&P Berkesan

Photos by SMKBaling Kedah, 12 may 2012

Vodpod videos no longer available.

LDP disampaikan oleh En Rosli Md Nafiah bermula jam  8.30 pagi sehingg 4.00 petang.

SMK Baling Vs UUM

http://www.uum.org.my/index.php/ms/component/content/article/24/252-420-pelajar-smk-baling-berkampung-di-uum-ikuti-p