logo smk baling

 PIAGAM PELANGGAN SMK BALING

 

Kami guru-guru dan anggota Sekolah Menengah Kebangsaan Baling dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

 

Memberi ilmu yang semaksimum mungkin kepada pelajar dengan menggunakan sumber yang ada.

 

Mendidik para pelajar menjadi insan yang berakhlak mulia, berdikari, berketrampilan dan berwawasan.

 

Mewujudkan iklim persekolahan yang harmoni dalam usaha membentuk masyarakat penyayang.

 

Memberi layanan mesra dan penuh susila kepada pelajar, waris dan tetamu.

 

Mematuhi arahan dan memberi maklumat yang tepat, cepat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Kementerian Pelajaran.

 

Menjalinkan dan mengekalkan hubungan mesra dengan masyarakat dan agensi persekitaran.

 

Memberi kerjasama kepada Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Dalam semua program yang dianjurkan.

VISI SMK Baling

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK

MISI SMK Baling

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Motto SMB

Kami mencipta Sejarah Kecemerlangan

(SMK BALING NOMBOR 1)

Advertisements